Friday, October 22, 2010

Banyak benda yang kita x tau.....part 1

assalamualaikum.....hari yang indah permulaan yang baik( ape nie??????) ...slamat bertemu kpada pembaca setia( ade kew?) hahahahah ok lah...hmmm rasanya dah 2 ari kot x dew story..so sbnarnye ade cuma ade sbab ckit x post story.....sbab 1st ade org bising ckit rrrr die ckap "akim ko jngan la post story bnyak sngat x smpat aku nk baca dah ada story baru bg la ada feel ckit" kata hamba ALLAH nie.......ok lah aku akan jarangkan ckit post story org tngh bersmngat nie.....x pew2 demi ko aku kurang kan....wah2...ok lah back to my story....story aku arinie pasal bnyak bnda yg kta x tau lam dunia lg kan.so best jugak kalo dpt tau bnyak fakta nie. dpt tmbah ilmu pengetahuan (btol ark)..... bkan pew ilmu kan fardu ain(maaf ler kalo slah)...ape gna kalo kta lahir kat dunia nie kalo x kaji pasal alam...eh wait sblum knal psl alam kna tau pasal diri lu....kta knal kew diri kta sbnaqnya....rmabut kta adae brpa hlai?darah kta brapa liter? and etc......so.....??????hnya ALLAH jazza wajjala jew yg tau..
ok cmna aku bleh pilih topik nie arinie....coz aku tngak iklan kat tv r....iklan 2 berbnyi"otak burung unta lebih kecik dari matenye"wah hbat nye adik nie....aku yg brumur 18 taon pon x tau.....so dia bg aku idea..... terima kasih dik.....ok lah rsya dah merapu nie dibwah nie aku hdangkan fakta2 yg kta msih x tau...
 
Otak manusia mempuyai lebih kurang 100 bilion sel saraf.
Saraf berdenyut dari dan ke otak selaju 274km sejam.
Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
Apabila anda bersin, seluruh fungsi badan anda berhenti termasuk jantung.
Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan suara.
Secara purata, kelajuan batuk yg keluar dari mulut anda ialah 96 km sejam.
Bergantung pada saiz, otot paling kuat di tubuh manusia ialah lidah.
Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.
Secara purata, orang yang mempunyai tangan kidal hidup 9 tahun lebih pendek.
Kanak-kanak membesar lebih cepat pada musim panas.
Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu.
Orang yang berambut perang punyai lebih banyak rambut dari yang berambut hitam.
Jika anda buta sebelah mata, anda hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi anda akan hilang langsung deria menjarak.
Hidung dan telinga akan terus membesar sehingga anda mati.
Purata setiap kulit kepala ada 100,000 helai rambut. (Kecuali orang botak lerr)
Purata setiap tahun manusia mengelipkan mata sebanyak 6,205,000 kali
Jika diukur panjang bulu mata yang gugur sepanjang hidup seseorang manusia ialah 30 meter.
Tengkorak manusia terdiri 29 jenis tulang.
Orang Mesir purba mencukur bulu kening mereka untuk berkabung di atas kematian kucing mereka.
Setelah anda mati, tubuh anda akan mula mengecut dan ini mencipta satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku terus panjang.
Rambut dan kuku adalah dari satu bahan yang sama.
Seorang manusia boleh menyedut sehingga 4 liter udara, tetapi hanya 5% saja yang digunakan.
Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.
15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat.
Buah pinggang menghasilkan insulin.
80 peratus tubuh manusia adalah air.
Jantung manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah sehingga 30 kaki.
Anda dilahirkan dengan 300 tulang. Apabila anda dewasa, anda cuma ada 206 tulang.
Tulang peha manusia lebih kuat dari batu konkrit.
Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.
Secara purata, setiap jantung manusia mengepam sebanyak 3000 kali sepanjang hayatnya dan mengepam 48 juta galen darah.
Dalam sehari, manusia akan bernafas sebanyak 23,040 kali.
Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.
Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn bungkah ais.
Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. ’7′ dipilih kerana pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala ‘up’ pula kerana buihnya yang naik ke atas.
Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban tu bila kita flush.
Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.
Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.
Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.
Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.
Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti
Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.
1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.
Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667
Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.
Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan kebanyakannya ialah kertas.
Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali.
Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.
Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamanya ialah’ Mary had a little lamb’
Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.
Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.
Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.
Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.
Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.
Raja (King) Heart dalam daun terup satu-satunya raja yang tak ada misai.
Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.
Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam
American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 dengan tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1
Kapal terbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.
Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut arah jam.
CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen (Born in USA)
Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain
Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv, 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.
Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam, anda akhirnya akan pengsan.
Novel Tom Sawyer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesin taip.
Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati
Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser paru-paru.
37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 – 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih. Misalnya, 37,037 X 4 X 3 = 44444
Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321
Perkataan utk polis ‘Cop’ berasal dari perkataan ‘Constable of Patrol’ di England.
Perkataan Jepun ‘Karaoke’ bermaksud ‘Orkestra Kosong’
Perkataan ‘Good-bye’ asalnya dari perkataan ‘God be with you’
‘So Long’ berasal dari perkataan Arab ‘ Salam ‘
Nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A
Perkataan ‘checkmate’ berasal dari bahasa parsi ‘shah mat’ yang bermaksud ‘raja dah mati’
Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Mohammad
Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri.
Pemain bola keranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.
Nama paling panjang di dunia ialah ‘Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorft Senior’
Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci
Nama sebenar Tina Turner ialah Annie Mae Bullock
Walt Disney amat takut dengan tikus
Bunyi E.T berjalan dibuat dengan meramas agar-agar dalam tangan
Gula mula dibubuh dalam Chewing gum oleh seoran doktor gigi, William Semple
Kertas dicipta pada abad kedua di China
Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa
13 saat.
Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen, Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129 km sejam.
Penaip terpantas di dunia menaip 211 perkataan seminit.
Kapal terpantas di dunia seberat 112 tan dan bergerak dlm kelajuan 164 km sejam.
Bandaraya moden yang pertama di dunia yg mencapai penduduk 1 juta orang ialah London pada tahun 1811
New Zealand adalah negara pertama di dunia yang membenarkan perempuan mengundi.
Kebanyakan orang mempunyai tahap IQ 90 – 109, William James Sidis disahkan sebagai manusia yang punyai IQ tertinggi di dunia iaitu diantara 250 – 300. Pada usia 18 bulan beliau boleh membaca akhbar New York times, pada usia 2 tahun dia belajar bahasa latin, pada usia 3 tahun dia belajar bahasa Greek. Setelah dewasa dia boleh menguasai lebih 40 bahasa di dunia. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat sebagai
kuli biasa.
Angel falls di Venezuela adalah air terjun tertinggi di dunia pada ketinggian 3,212 kaki.
Syarikat keretapi India mempunyai perkerja teramai di dunia, iaitu lebih sejuta pekerja.
Bunga terbesar di dunia ialah Rufflesia, membesar sehingga 10 kaki.
Pokok terbesar di dunia ialah sejenis pokok yang bernama ‘The General Sherman Tree’. di Sequola National Park. Setinggi 275 kaki dan 37 kaki lebar.
Olympus Mons, sebuah gunung berapi yang terdapat di planet marikh adalah gunung berapi yang terbesar yang pernah dijumpai di cakrawala. Seluas 595 km dan setinggi 24 km.
Jupiter, planet ke lima dari matahari, adalah planet terbesar sekali. Ianya dua kali ganda lebih besar dari gabungan kesemua planet yg lain.
Kura-kura terbesar yang pernah ditemui ialah seberat 2,016 paun.
Objek terbesar yang pernah ditemui dalam loji pembentungan Los Angeles, Amerika ialah sebuah motosikal.
Misai terpanjang di dunia ialah 133 1/2 inci yg dimiliki oleh Kalyan Ramji Sain.
Permainan Monopoly yang paling lama ialah selama 660 jam.
Pada suhu 40%C, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan bernafas.
3000 dari 1 juta rakyat Amerika menjadi penghisap rokok setiap tahun. Kebanyakan darinya adalah kanak-kanak.
Jika anda cuba untuk mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada dilangit dengan kadar 1 bintang satu saat, anda memerlukan masa 3000 tahun untuk mengira kesemuanya.
Purata setiap orang akan menghabiskan masa selama 2 minggu dari keseluruhan hidupnya untuk menunggu lampu trafic bertukar.
Lebih 2500 orang yang tangan kidal mati di seluruh dunia akibat menggunakan peralatan utk tangan kanan.
Hanya 1 dari 2 billion manusia yang akan hidup lebih dari 116 tahun.
Anda berkongsi hari jadi bersama-sama 9 juta orang lain di seluruh dunia.
Lebih kurang 0.7 % penduduk dunia mabuk setiap detik.
Purata kita tidur 24 tahun dari keseluruhan hidup kita
Janggut manusia mengandungi 7000 hingga 15,000 bulu.
Rambut, 70% lebih mudah digunting jika ianya direndam dulu dengan air suam selama 2 minit.
Peningkatan jumlah kereta di dunia 3 kali lebih banyak dari jumlah kadar kelahiran manusia.
Filem animasi Tarzan, dibuat oleh seramai 1,175 pelukis animasi dan mengambil masa 3 tahun untuk siap.
Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang hidupnya.
Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.
Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam.
Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.
Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut.
Berat bau ialah lebih kuang 760 nanograms.
Bumi mengalami 50,000 kali gempa bumi setiap tahun
Memandu dengan kelajuan 121 km sejam, anda memerlukan masa selama 258 hari untuk mengelilingi lingkaran planet saturn.
Beg udara di kereta akan meletup pada kelajuan 322 km sejam.
1/3 penyakit kanser ada kaitan dengan matahari.
Ada 1000 kimia dalam secawan kopi.
7 bilion kabus diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh
Berat Bungkah ais batu di kutub di dunia ialah 20 juta tan.
Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali sepanjang hidupnya, boleh memenuhi dua buah kolam renang.
Otak anda seberat 3 paun, semuanya air kecuali 10 aun.
Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada semua manusia, secara purata setiap manusia akan dapat 100 kaki persegi.
Purata setiap orang membuat 1,140 panggilan talipon setahun.
Di abad pertama, 1/3 penduduk dunia memeluk Islam
75% surirumah di Amerika Syarikat menguruskan kewangan di rumah
1/4 dari tulang anda adalah di kaki
Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki.
Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.
Berat bumi ialah 6,588,000,000,000,000,000,000,000,000 tan
Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun
Mimpi adalah dalam hitam putih dan bukan berwarna
Purata setiap orang ketawa 15 kali sehari
Sejak 3500 tahun, darinya hanya 230 tahun saja dunia aman tanpa perang.
Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya
Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.
Pada 1980, Hospital Las Vegas menggantung pekerjanya yang bertaruh bila seseorang pesakit itu akan mati.
Di Utah, adalah menyalahi undang – undang jika bersumpah di hadapan mayat.
1 dari 7 orang di Manhattan berjalan kaki ke pejabat.
Kacang adalah salah satu dari bahan di dalam dynamite.
Sekarang ada 6 bilion penduduk dunia, pada tahun 1900 cuma ada 1.6 bilion sahaja.
Planet Neptune belum lagi melengkapkan putarannya mengelilingi matahari sejak ia mula ditemui pada 1846. Oleh kerana ia mengambil masa 155 tahun untuk melengkapkan pusingan, ianya hanya akan
berlaku pada tahun 2011
Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.
Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang – 350 kambing
Teleskop dicipta pada tahun 1608 oleh seorang pembuat cermin mata.
Sehingga tahun 1820, semua saintis menyangka alam semesta berusia 6000 tahun. Kini telah diketahui bahawa alam semesta sebenarnya telah berusia 15 bilion tahun.
Hanya 4 % dalam alam semesta yang boleh kita lihat
Ketika zaman dinasor tak ada rumput. Rumput mula muncul menjalar dari pokok buluh 24 juta tahun lalu.
p/s....ilmu tanpa amal seperti pohon tdak berbuah...nantikan part 2


Wednesday, October 20, 2010

Penemuan Baru. Melaka Diasaskan Tahun 1262 dan Bukan 1400.

salam kepada pembaca blog......cam biasa hari ini surfing internet cari bahan untuk berblog....so terjmpa 1 isu psl penemuan melaka.....aiks sjarah nie....walaupon aku x mnat sjarah tp bce gak la cam menarik..aku  rsa cam isu nie dah lma kot dlm bln 6 gtu lah saje jew nk tukaq mood asyik psl teknologi jew....so try rrr sjarah plak...aku komen dulu.....cite cam menarik pasal penemuan mlaka.....i m strong belief(ayat debate).....mlaka di asaskan pada 1262 bkn 1400......haaa!!!!! btul kew nie...wah maknanya bku teks sjarah kna ubah la...xpe2 biaq pkar diorg yg pikir rrrrr...ok lah aku pon mlas nk merapu so korang bca lah statement d bwah nie......jap sory rrrrr kpada pmilik artikel nie....aku copy jap x pe nnti aku blnja  mnum kopi erk....ala lgpon inikan untk kgunaan bersama biaq msyarakat sma2 tau.............

Fakta sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang digunakan sebagai bahan buku-buku teks mungkin terpaksa diubah berikutan penemuan terbaru penyelidik tempatan bahawa kerajaan tersebut yang menjadi asas kepada pembentukan negeri-negeri Melayu lain telah dibuka pada tahun 1262 dan bukan pada tahun 1400.
Syabas kepada penyelidik-penyelidik yang berusaha mengumpul bukti dan menemukan fakta baru yang secara langsung akan mengubah banyak peristiwa dan sejarah yang sedia ada. Sememangnya banyak peristiwa serta sejarah yang diberitakan serta ditulis,  mempunyai keraguan dan pertindihan tarikh dan masa seperti Kerajaan Melayu Benua Siam Islam dengan Melaka. Begitu juga sejarah Hang Tuah yang banyak mempunyai versinya tersendiri menerusi Hikayat serta catatan sejarah yang ditulis.
Menurut sumber kosmo bertarikh 1 Jun 2010, Zaman Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara wujud dalam 30 tahun lebih awal daripada kerajaan Majapahit di pulau Jawa yang diasakan pada tahun 1292 sebelum kedua-duanya bersaing mengusai rantau Nusantara.
Penemuan yang diperakukan oleh 9 penyelidik tempatan yang dilantik kerajaan negeri Melaka sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu tahun 1278. “Setakat ini mereka yakin bahawa tarikh kerajaan Melayu Melaka diasaskan ialah pada tahun 1262 iaitu 138 tahun lebih awal tetapi jika ada pihak lain yang menemui bukti baru, sila berikan bukti,” demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menerusi akhbar kosmo selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka di Melaka.
April lalu, sekumpulan penyelidik merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada lebih awal iaitu 1262 dan bukannya pada tahun 1400 yang menjadi sumber rujukan selama ini.
“Keputusan ini diputuskan oleh sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri menerusi kerjasama Institut Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Setakat ini keputusan adalah muktamad ekoran hasil kajian penyelidik sejak tahun 2009 yang sepakat menolak pendapat penulis-penulis terdahulu.
melaka
Tarikh 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai ciri fakta yang kukuh sebagai tahun sebenar penubuhan kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan sumber-sumber yang ada,” menurut Datuk Mohd. Ali Rustam lagi.
Berdasarkan tulisan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) versi Raja Bongsu, kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 Hijrah bersamaan tahun 1262. Ini secara langsung menolak kesepakatan sarjana Barat sebelum ini termasuk dari Portugal kerana bukan berdasarkan fakta sejarah. Fakta Barat diambil dari Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada tahun 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap.
Menurut Datuk Mohd. Ali Rustam, keputusan yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah berdasarkan sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan di Malaysia dan di Indonesia. Antara tempat yang dilawati penyelidik termasuklah Kepulauan Riau, Pulau Penyengat, Pulau Singkep, Pulau Lingga, Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta Padang dan Batu Sangkar di Sumatera Barat.
Menurut Pakar Sejarah, Prof Emiratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, penemuan tarikh baru ini tidak boleh dianggap muktamad kerana sejarah memang selalu dikaji semula setiap kali terdapat penemuan baru. Ia tidak boleh bergantung pada sumber di dalam negara sahaja kerana ia melibatkan sumber-sumber negara lain yang terlibat,” kata beliau lagi.
p/s untuk ttpan pembca blog........hrp2 korang bce k...terutma kwn aku aku tau lah korang x mnat sjarah..

Tuesday, October 19, 2010

isu terbaru malaysia: menara 100 tingkat


salam kawan smua......rasa2 nya aku nie dh mula addict berblog(btul kew imbuhan nie mrh ckgu bm)...so arinie aku cipta plak content yg kedua wah2 smngat nye ikhmal al hakim yew....so smalam search rrr internet cri latest issue so tba2 nek psl isu menara 100 tingkat.....haaa ape menara 100 tingkat nie? aku mula bercerta
ok menra nie sbnaq nya diilham kan oleh Pak najib kta...knal????? musti la knal PM kta.....mnara nie diberi nama menara warisan merdeka yg akn dibngunkan oeleh Permodln Nasional berhad(PNB) kire lpas nie kalo dulu org knal klcc org ingat petronas...so mnra nie PNB plak la...mnurut smber yg aku bca mnra nie akan d bna di kwsan segitiga emas antara stadium merdeka n stadium negra....y d bna d sini haa?...bkan dh pdat kew kat situ...pendapat aku la kalo mnra 2 dibna kat sini tengglam la kwsan stadium merdeka 2....n spatunye kwsan yg ada warisan jngan la wat pembngunan agr dpt mengekalkan warisan kwsn 2....hmmmm xpew lah biarlah pakar2 diorg yg wt kajian....ok back 2 story aku sbagai pemuda harapan bangsa(wah2  smangat nye.....)berhrp la projek nie x menganaktiri rakyat sendiri such as.....kalo bleh jngan pinggir rrr ank tempatan n nie kan gna duit rkyat( btul kew?) pulangn nye musti lah brblik kpda rkyat blik.....n kalo bleh arkitek or engineer nye adlh ank tmpatan.....hbat pew  engineer or arkitek ank tmptn kte kan rmai engineer kluaran universiti trknl such as Y .BHG.DATUK ASSOC PROF DR ABU BAKAR BIN MOHD DIAH....PROF DR SAHOL VC UITM pon hbat.....kmblikan kgemilangan al jazari jurutera islam......back 2 design aku tercri cmne design mnara nie....cri pnya cri last jmpa gak......kat bwh aku ade sdiakan propasal design..




best gak design nie

ape motif design kapal kat atas 2   n kt sblah 2 cam design klcc ja...x best pulak ade klcc yg kedua
p/s ok lah smpai disini sjew k jmpa lg content yg akn dtang n slamat mmbaca pnting nie!!!!!! 
               



kehebatan ciptaan manusia x setanding MAHA PENCIPTA...


salam.....content aku yg prtma.... td ade tngk berita kat tv crite tntang pembngun kota mekah secara besar-besaran cam best ade gak kene mengena ngan bdang aku...jap2 nak merapu dulu..dlm bnyk2 bdang kejuruteraan mna yg penting civil? elektrical or mechanical? dulu tyme skolah slalu gak gaduh ngan dak2  mecha n electrical......last2 jwpanye smua nye pnting...berkait rapat antra 1 sma lain cam peptah melayu menyebut bagai aur ngan tebing ( btul kew...?)

ok back 2 story aku.... dengar kta projek nie bernilai berbilion riyal saudi untk keselesaan jemaah hji untk masa yg akan datang..keseluruhan projek nie d jangka siap pda taun 2014....menurut sumber yang aku baca....kwsan persekitaran masjidil haram such asa hotel n premis perniagaan dah d runtuh untuk projek pembsaran nie....kira jemaah haji kta taun nie nk berblja 2 jaoh la ckit dri penginapan n nk kew masjidilhran pon ambek mse ckit....kat bwah aku ade sdia kan gmbr2 kota mekah d ambang renoved
komplek jamrah kalo x slap dah siap
                                                                                
train untk keselesaan jemaah
Menara Abraj Al-BaitBakal menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011 & menara jam tertinggi di dunia.. but aku tertnya gak ape motif pembinaan menara nie mcm nk menonjolkan harta dunia jew p/s aku ttp kagum ngan pembinaan nye
main projek .,,,,indah masyaallah
                                                                           
hotel


so smpai d isini sajewlah......jamu lah mata anda dengan sntapan ciptaan keaagungan illahi ini.....
p/s for my group nie adlah asignment civil kite tntng the latest new concruction

Monday, October 18, 2010

19/10/2010
Asslamualaikum sebagai pembuka bicara......
wah2 ikhmal al hakim makin maju mencipta blog..
ramai yang dah ada blog so aku pon teringin gak nk wat blog....
so skang nie tengah blajr g r camna nk wat blog nie supya lbih menarik.....
ok first knpa aku ltak nma blog aku nie d sini bermula kejayaan? jawapan nye diri aku jew yg blih bgi....
insyaallah bnyak content yg akan aku ltak kat sinie.....smpai aku berjya capai cita2 aku 2....god willing........
"orang boleh kenpa pemilik nama MOHAMAD IKHMAL HAKIM BIN MOHAMAD JAMIL  x boleh kan...."
sebagai permulaan blog nie aku nak story ckit rrr psl diri aku...............bkan nak propa k......
nama aku seperti dia atas rrr
umur 18 tahun, tarikh lahir rahsia kot......blajar kat UITM arau perlis dlm jurusan KEJURUTERAAN AWAM.....perh ingankan senang nak jdi jurutera nie......pyah ooooooo....tp x pew cam slogan aku diatas r....sebenaq( keluaq loghat kedah) nya aku di mnat LAW n PHOTOgrafi gak....sebab pew aku mnat....hanya aku jew lah bleh bagi jwapan........owh lupa aku tggal kat kdah......(terlupa cek)....ok lah aku pon x tau nk story pew dah...nantikan story baru aku nanti.....